Walaupun dinasihatkan untuk menghadkan pengambilan minyak dalam piramid makanan, minyak tentunya merupakan bahan yang tidak dapat dielak dalam diet harian kita. Pernahkah anda tertanya tentang perbezaan antara minyak sacha inchi dengan minyak-minyak lain yang berasaskan tumbuhan seperti sawit, bunga matahari, kacang tanah, atau minyak jagung yang biasanya kita makan setiap hari? Salah satu perbezaan yang amat jelas adalah jumlah asid lemak Omega 3, 6, dan 9.

Sacha Inchi Oil is rich in Omega 3 6 9

Apa itu asid lemak?

Asid lemak adalah asid karboksilik dengan rantai hidrokarbon panjang yang diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk menghasilkan tenaga. Asid lemak dapat dikategorikan kepada empat jenis: asid lemak jenuh, tak jenuh, tak jenuh ganda (Omega 3), dan tak jenuh tunggal (Omega 9), di mana asid lemak jenuh biasanya dalam bentuk pepejal pada suhu bilik dan dapat diperoleh daripada sumber haiwan. Sebaliknya, asid lemak tak jenuh berada dalam bentuk cecair pada suhu bilik dan kebanyakannya boleh didapati daripada tumbuhan. Dikenali sebagai tanaman emas, minyak sacha inchi sangat kaya dengan asid lemak Omega 3. Ia merupakan komponen penting untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kemurungan, demensia, dan arthritis. Ia juga mengandungi asid lemak Omega 6 dan Omega 9 yang diperlukan oleh badan kita dalam nisbah yang betul.

Mengapa kita memerlukan lebih banyak omega 3 dalam makanan kita?

Omega 3 dan omega 6 adalah asid lemak yang hanya dapat diperolehi daripada makanan yang kita makan setiap hari, sementara omega 9 dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia daripada lemak tak jenuh, oleh itu ia tidak dikelaskan sebagai lemak penting dalam makanan kita. Berbanding dengan omega 3, omega 6 adalah lebih mudah diperolehi, jadi kita sebenarnya memerlukan omega 3 lebih daripada omega 6. Minyak masak yang biasa kita ambil dalam diet seharian kita seperti minyak bunga matahari, kacang tanah, dan minyak jagung sudah memberikan kita jumlah asid lemak omega 6 yang mencukupi. Tetapi tidak banyak jenis minyak yang mana mengandungi asid lemak omega 3 yang tinggi, antara satu-satunya ialah minyak sacha inchi.

Apa yang akan terjadi sekiranya kita kekurangan Omega 3 dalam makanan kita?

Sekiranya badan kita tidak mendapat asid lemak omega 3 yang mencukupi, pelbagai masalah kesihatan akan timbul. Apabila tahap omega 3 dalam badan anda terlalu rendah, anda mungkin mengalami gejala-gejala berikut:

  1. Kulit kering, rambut rapuh, dan kuku nipis yang mudah mengelupas dan retak. Asid lemak omega 3 membantu membinakan dinding sel. Jika anda kekurangan omega 3, antara gejala yang timbul termasuk ruam merah pada kulit dan kelemumur.
  2. Sakit sendi dan kekejangan kaki. Asid lemak omega 3 mempunyai sifat anti-radang yang luar biasa dan dapat membantu mengurangkan bengkak dan keradangan di dalam badan kita.
  3. Masalah kardiovaskular. Omega 3 terbukti sebagai asid lemak yang dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan mengurangkan kolesterol jahat (LDL) pada saluran darah dan sekaligus menurunkan risiko penyakit jantung.
  4. Kesukaran dalam menghafal dan menumpukan perhatian. Kekurangan omega 3 boleh mengakibatkan masalah dalam daya ingatan, fokus dan ia juga boleh menyebabkan kegelisahan.

Asid Lemak Minyak Sacha Inchi Berbanding dengan Minyak Lain

Sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber alam, terdapat banyak jenis minyak yang digunakan oleh rakyat Malaysia dalam diet seharian. Minyak masak yang paling biasa digunakan dalam isi rumah dan industri katering di Malaysia biasanyanya termasuk minyak sawit, bunga matahari, kacang tanah, dan minyak jagung. Mari kita lihat kandungan setiap minyak dalam aspek asid lemak yang bermanfaat.

Dietary Fats of Sacha Inchi Oil vs Other Oils

Minyak Sawit

Palm Oil

Minyak sawit adalah minyak sayuran yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit. Pokok sawit banyak ditanam di Malaysia dan minyak sawit merupakan salah satu penjana ekonomi yang penting. Lebih daripada separuh asid lemaknya adalah lemak jenuh dan lemak tak jenuh tunggal (Omega 9), dan hanya sedikit lemak tak jenuh ganda (Omega 3).

Minyak Bunga Matahari

Sunflower Oil

Minyak bunga matahari diekstrak daripada biji benih bunga dan biasanya digunakan sebagai minyak masak dalam rumah tangga. Sebilangan besar kandungannya adalah asid lemak omega 6 dengan hanya 1% asid lemak omega 3.

Minyak Kacang Tanah

Peanut Oil

Minyak kacang tanah, juga dikenal sebagai minyak kacang yang diperoleh daripada biji tanaman kacang. Ia mempunyai rasa dan aroma kacang yang lebih kuat jika dibuat dengan kacang panggang. Minyak kacang tanah mengandungi 48% omega 9, 33% omega 6, dan 19% lemak tepu. Malangnya, ia tidak mengandungi omega 3.

Minyak Jagung

Corn Oil

Minyak jagung adalah minyak yang diekstrak daripada bijiran jagung. Ia biasanya digunakan untuk memasak, terutama menggoreng kerana tahap asapnya yang tinggi. Ia mempunyai kandungan omega 6 yang kaya – melebihi 50% tetapi serupa dengan minyak bunga matahari, hanya mengandungi 1% omega 3.

Kunci gaya hidup sihat adalah dengan mengamalkan diet seimbang. Sebagai minyak tumbuhan yang paling berkhasiat, minyak sacha inchi memberikan nisbah emas omega 3, 6, dan 9 yang betul untuk fungsi optima badan kita. Sama seperti ungkapan barat “Anda adalah apa yang anda makan”. Menambahkan minyak sacha inchi ke dalam diet anda, seolah-olah menambah sentuhan penamat untuknya, dan membenarkan makanan kegemaran anda membawa anda ke arah kehidupan yang lebih sihat.