mengatasi tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi adalah sejenis penyakit yang merbahaya dan boleh mengancam nyawa jika tidak dikawal. Malangnya, ramai rakyat Malaysia sekarang menderita penyakit ini akibat daripada gaya hidup atau tekanan hidup masa kini sehingga mengganggu kehidupan seharian mereka. Mengawal tekanan darah tinggi adalah penting untuk mengelakkan komplikasi yang merbahaya seperti serangan jantung, lumpuh(strok), kegagalan buah pinggang, kerosakan mata dan pelbagai lagi.

Penyakit ini bukan lagi sekadar penyakit “orang tua” kerana ada individu yang menderita penyakit ini walaupun masih dibangku sekolah. Setiap individu disarankan untuk memantau tekanan darah mereka dengan kerap dan konsisten supaya segala masalah seperti perubahan pada bacaan tekanan darah dapat dikesan awal. Oleh itu, setiap rumah disarankan untuk mempunyai satu alat ujian tekanan darah supaya setiap keluarga dapat memantau dan merekod tekanan darah mereka secara berkala.

 

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal tekanan darah tinggi adalah:

  1. Bersenam adalah salah satu langkah yang berkesan untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Pastikan anda memilih aktiviti yang ada gemari supaya senaman itu dapat dikekalkan dan dijadikan rutin.
  2. Meditasi. Mengawal pernafasan baik untuk fizikal dan mental anda. Hormon stress akan menyempitkan saluran darah anda dan membuatkan tekanan darah anda naik mendadak. Dengan meditasi anda boleh mengawal tekanan yang menyebabkan tidak balas ini.
  3. Ubah suai diet anda. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya yang mengandungi potassium yang tinggi serta mengurangkan pengambilan makanan tinggi garam terutamanya makanan yang diproses.
  4. Ubat-ubatan. Jika anda telah pun mengubah diet anda dan masih memerlukan bantuan untuk mengawal tekanan darah tinggi, sila berjumpa dengan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan yang bersesuaian dengan keadaan anda.
  5. Makanan tambahan. Jika ubat-ubatan bukanlah pilihan utama anda, makanan tambahan seperti minyak sacha inchi juga dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi. Minyak sacha inchi adalah sumber asid lemak yang bagus kerana mempunyai kandungan Omega-3 dan Omega-6 yang yang tinggi dan seimbang, dan amat diperlukan oleh tubuh badan. Nutrient yang terdapat dalam minyak ini, membantu untuk mengawal kolesterol, tekanan darah tinggi serta memelihara kesihatan jantung.

 

Baca lanjut: Minyak sacha inchi untuk kesihatan

 

Tekanan darah tinggi atau hipertensi boleh menjadi pembunuh senyap. Ramai individu tidak sedar bahawa mereka mempunyai hipertensi kerana tidak mempunyai apa-apa tanda yang menunjukkan mereka bermasalah terutamanya golongan muda, sehingga kejadian seperti sakit jantung dan strok berlaku tanpa diduga. Oleh itu, kita dituntut untuk sentiasa menjaga kesihatan diri. Amalkan gaya hidup sihat sebagai rutin anda dan keluarga. Kurangkan makanan tinggi kandungan garam dan makanan yang diproses dan lebihkan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam diet anda.