SUPERFOOD – Sacha Inchi
Sacha inchi (Plukenetia volubilis) adalah tumbuhan yang boleh menghasilkan minyak Sacha Inchi dan boleh dimakan sebagai diet seharian. Minyak tersebut kaya dengan asid lemak omega-3, omega-6, omega-9, protein, dan nutrisi lain seperti vitamain A, vitamin E dan beta-sitosterol. Sacha Inchi adalah tanaman asli hutan hujan Amazon di Peru. Ia telah dibudidayakan oleh suku asli Peru (Inca) dan digunakan sebagai sumber makanan selama lebih dari 3000 tahun. Sacha Inchi juga dikenali sebagai kacang sacha, kacang hutan, atau kacang Inca.
Minyak Sacha Inchi menawarkan banyak faedah kepada kesihatan kita. Minyak Sacha Inchi merupakan sejenis minyak yang bebas kolesterol, dan tidak mengandungi bahan pengawet tambahan. Ia dapat mendorong kulit yang sihat, mengatur dan mengekalkan kesihatan otak, mencegah diabetes, menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan berat badan, menenangkan sakit arthritis, mengurangkan tekanan mata, membantu mengekalkan fungsi ginjal dan banyak lagi. Selain itu, minyak ini sangat mudah dicerna, maka ia sesuai untuk semua orang walaupun kita mengamalkan pelbagai jenis diet yang berbeza.
Manfaat kesihatan daripada minyak sacha inchi
1) Sumber Omega-3 dan Omega-6 dalam nisbah sempurna.
Minyak Sacha Inchi mempunyai lebih daripada 48% kandungan asid linolenat, pendahulu Omega-3. Ia juga mengandungi sebanyak 17 kali lebih banyak Omega-3 daripada ikan salmon liar.
Minyak Sacha inchi diperoleh daripada tanaman tumbuhan, jadi ia sesuai untuk vegetarian, tidak seperti minyak ikan yang tidak cocok untuk vegetarian . Omega-3 yang diperoleh daripada haiwan akuatik tidak lagi murni seperti dulu kerana ia mungkin mengandungi jejak logam berat dan bahan cemar lain yang terdedah kepada mereka. Apatah lagi minyak ikan biasanya beraroma amis berbanding dengan rasa minyak sacha inchi yang beraroma kacang kehijaun yang segar.
Asid lemak Omega-3 daripada minyak Sacha Inchi adalah sekitar 94% asid lemak tak jenuh ganda (PUFA). Omega 3 sangat bermanfaat dan kita memerlukannya untuk fungsi sel kita. Ia hanya dapat diperoleh melalui diet kerana badan kita tidak dapat menghasilkannya.
Berbanding dengan minyak yang biasa digunakan dalam isi rumah dan industri katering di Malaysia, Minyak Sacha Inchi adalah yang paling tinggi dan sempurna nisbah Omega-3 dan Omega-6nya. Sila baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut perbezaan minyak sacha inchi berbanding dengan minyak-minyak yang lain.
2) Minyak yang baik “Memetabolisme” minyak yang buruk
Omega-3 dapat secara effectif menghilangkan lemak darah yang juga biasanya dikenali sebagai kolesterol jahat (LDL), meningkatkan pengaliran darah yang baik dan memperbaiki aliran darah, sehingga arteri menjadi fleksibel dan elastis untuk menghindari arteriosclerosis.
Apakah itu arteriosclerosis??
Arteriosclerosis berlaku apabila saluran darah yang membawa oksigen dan nutrien dari jantung ke seluruh badan anda (arteri) menjadi tebal dan kaku. Jika dibiarkan, ia akan menyebabkan arteri koronari (aliran darah menjadi tidak lancar maka tidak dapat membekalkan darah yang mencukupi untuk organ dan tisu anda), serangan jantung / strok, penyakit arteri periferal, masalah buah pinggang dan masalah lain yang berpunca daripada arteri yang tersekat.
Apa yang menyebabkan penebalan dinding arteri ni??
Penumpukan plak di lapisan dalam arteri adalah punca penebalan atau pengerasan arteri jesterunya berlaku arteriosclerosis. Faktor risiko mungkin termasuk kadar kolesterol tinggi dan trigliserida, tekanan darah tinggi, merokok, diabetes, obesiti, kekurangan aktiviti fizikal, dan makan terlalu banyak lemak jenuh dalam diet harian.
3) Mengandungi DHA yang boleh meningkatkan fungsi otak
Sebilangan besar otak kita terdiri daripada lemak, ini bermaksud kita memerlukan lemak yang sihat daripada sumber makanan seperti minyak Sacha Inchi untuk membina membran sel otak, menyuburkan sel otak, serta melawan keradangan. Asid lemak Omega 3 dapat meningkatkan fungsi kognitif dan melindungi anda daripada gangguan otak seperti kemurungan dan demensia. Dengan mengurangkan keradangan, pengambilan Omega 3 juga dapat mengurangkan kabut otak, kehilangan ingatan, dan keletihan. Minyak Sacha Inchi bukan sahaja penuh dengan asid lemak Omega, tetapi juga mengandungi zat besi. Salah satu faedah kesihatan zat besi adalah kemampuannya untuk meningkatkan kelancaran aliran darah ke otak yang dapat merangsang aktiviti kognitif dan membina jalur saraf baru.
4) Meningkatkan dan mengekalkan kesihatan jantung
Kaya dengan asid lemak Omega, terutamanya ALA, minyak Sacha Inchi adalah salah satu sumber minyak Omega 3 berasaskan tumbuhan yang terbaik di dunia. Terdapat beberapa minyak Omega yang berasal daripada haiwan, tetapi sumber daging tersebut biasanya mengandungi lemak jenuh atau saturated fats dan karnitin, kedua-duanya dikaitkan dengan penyakit jantung. Sebaliknya, Omega 3 yang berasas daripada tumbuhan telah terbukti untuk mencegah serangan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, dan melembutkan pengerasan saluran darah. Omega-3 efektif untuk mengurangkan LDL (kolesterol jahat) dan trigliserida, dan pada waktu yang sama meningkatkan HDL (kolesterol baik). ALA juga dianggap sebagai komponen yang dapat membantu mengekalkan irama jantung yang normal.
5) Melindungi dan memupukkan pertumbuhan kulit yang sihat
Minyak Sacha Inchi juga mengandungi komponen asid behenik yang mempunyai sifat anti-penuaan yang luar biasa untuk membantu mengembalikan keanjalan kulit agar tetap teguh, lentur dan halus dan akhirnya menghasilkan kulit yang kelihatan lebih muda. Kandungan Omega-3, Vitamin A dan E (alpha-tokoferol) yang tinggi memberikan minyak ini sifat antioksidan yang sangat baik untuk membantu menguatkan kulit, mengekalkan kelembapan dan memerangi radikal bebas yang disebabkan oleh faktor penuaan dan persekitaran. Omega-3 meningkatkan produksi kolagen dan elastin, membantu untuk menjaga kulit sihat, tampak lebih muda dan bebas kerutan. Kesan-kesan Sacha Inchi pada kulit termasuk:
- Kurangkan penampilan bintik-bintik gelap
- Meminimakan kemunculan pori-pori yang besar
- Penghidratan yang dapat tahan lama
- Pertahanan radikal bebas
- Mengubahkan keanjalan kulit dan tanda-tanda penuaan
- Membantu meningkatkan pengeluaran kolagen
- Kurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan
- Sifat antioksidan yang menenangkan
- Menjadikan kulit lebih lembut, licin dan berseri
6) Meningkatkan emosi positif
Minyak Sacha Inchi juga kaya dengan protein and triptofan. Triptofan merupakan asid amino yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap hormon serotonin dalam tubuh badan kita. Serotonin adalah neurotransmiter (Bahan kimia dalaman yang menghantar isyarat merentasi sinaps dari satu neuron ke satu neuron lain yang disasarkan) yang berkaitan dengan berkawalan emosi, memberi perasaan kebahagiaan, serta meningkatkan selera dan kualiti tidur. Jika tahap hormon serotonin dalam badannya terlalu rendah, seseorang mungkin akan mengalami penyakit kemurungan, yang mana simptom-simptomnya termasuk rasa sedih yang berpanjangan, keletihan, ketiadaan tenaga dan hilang minat dalam aktiviti harian.
7) Mengawal proses biologi
Dengan kandungan protein dan zat besi yang kaya, minyak Sacha Inchi dapat membantu mengawalkan proses biologi. Protein berperanan dalam menghasilkan enzim, hormon, dan bahan kimia biologi lain sementara zat besi diperlukan untuk menghasilkan dopamin, norepinefrin, dan serotonin. Neurotransmitter dan bahan kimia penting ini mempengaruhi segalanya dari tidur hingga tenaga, serta adrenalin, pencernaan dan banyak lagi.
8) Memerangi keradangan
Minyak Sacha Inchi dapat membantu memerangi keradangan kerana ia mempunyai kandungan Vitamin E dan Omega 3 yang tinggi. Asid lemak yang sihat ini boleh menghalang keradangan dengan menyekat pembentukan sebatian yang mempromosikannya. Keradangan adalah penyebab umum kepada banyak penyakit kronik termasuk kekejangan otot, bronkitis, asma, eksim, bengkak sendi , diabetes jenis 2, sindrom metabolik, barah dan penyakit Alzheimer.
Sifat anti-radang dan antioksidan dalam minyak Sacha Inchi dapat melawan radikal bebas yang merosakkan sel yang boleh menyebabkan penyakit degeneratif. Nikmati minyak tumbuhan emas ini secara berkala untuk membantu mencegah penyakit seperti kanser dari masa ke masa.
9) Meningkatkan sistem imun
Dianggap sebagai superfood, minyak yang diperolehi daripada buah Sacha Inchi dapat meningkatkan sistem imun anda. Ia memberi tubuh badan kita nutrisi unggul yang berfungsi untuk menghasil antibodi jesterunya membantu kita mencegah penyakit dan jangkitan. Protein ini juga berfungsi dengan sel sistem imun yang lain untuk mengenal pasti dan membantu memusnahkan bakteria dan virus tertentu. Sel-sel imun yang lain juga memerlukan zat besi dalam minyak Sacha Inchi untuk membiak dan menjadi matang bagi melawan penyakit-penyakit.
Ingin mencegah penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau diabetes yang sering dihadapi oleh rakyat Malaysia? Selain daripada mengamalkan diet yang seimbang dan bersenam, minyak Sacha Inchi AL-LECCA juga dapat membantu anda untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit tersebut dengan membekalkan asid lemak yang bermanfaat dalam jumlah yang sesuai untuk tubuh badan kita.