Temu ramah dengan pengarah, Li Quan Min, Endokrinologi dan Rheumatologi di Hospital Besar PLA China.

Hand numb

Rasa kebas pada kaki dan tangan adalah gejala biasa di kalangan orang tua. Tetapi ia sering diabaikan oleh orang ramai. Li Quan Min, pengarah endokrinologi dan reumatologi di Hospital Besar PLA China mengingatkan kita bahawa rasa kebas di kalangan orang tua adalah sesuatu isyarat yang berbahaya. Ia disebabkan oleh 7 sebab-sebab utama:

  1. Saraf lengan ditekan. Sekiranya postur anda tidak betul semasa tidur, sama ada leher tercondong atau lengan ditekan, ia akan menyebabkan rasa kebas. Sekiranya anda mengalami ini, cubalah ubah postur tidur anda dan gerakkan lengan anda, maka rasa kekebasan dapat dihilangkan.
  2. Kesan sampingan ubatan. Ejen antimikrob seperti Furazolidone boleh menyebabkan kekebasan pada anggota badan, yang biasanya bermula pada kaki atau tangan dan secara beransur-ansur merebak ke atas, sering disertai dengan alahan atau perasaan tidak normal. Oleh itu, seseorang harus mengawal dos dengan teliti semasa mengambil ubat tersebut.
  3. Kekurangan zat. Masalah sistem pencernaan untuk jangka panjang atau pengurangan pengambilan makanan dengan mudah boleh menyebabkan kekurangan protein dan vitamin dalam badan, menyebabkan neuritis periferal dan kerosakan akar saraf, mengakibatkan rasa kebas pada tangan dan kaki.
  4. Spondylosis serviks. Sering kali rasa kebas pada sebelah tangan mungkin disebabkan oleh penyakit vertebra serviks. Ini disebabkan terutamanya oleh hiperplasia tulang serviks jangka panjang, penonjolan cakera intervertebral, dan lain-lain, akar saraf tunjang serviks atau arteri vertebra ditekan, oleh itu serangkaian disfungsi berlaku. Hampir 70% gejala kebas tangan disebabkan oleh penyakit vertebra serviks neuron.
  5. Komplikasi neurologi diabetes. Diabetes boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Neuropati Periferal Diabetik (DPN) adalah salah satunya. Ia sering berlaku bersama kebas simetri pada anggota badan, di mana kebas pada anggota bawah adalah gejala yang paling biasa.
  6. Strok iskemia serebrum. Ini adalah ketika kebas pada jari muncul di satu sisi anggota badan, tetapi sisi lain berasa normal. Pada waktu yang sama, seseorang harus waspada ketika gejala seperti sakit kepala dan pening, dan penglihatan kabur muncul. Kebas anggota badan yang disebabkan oleh strok iskemia serebrum biasanya akut dan seseorang dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor.
  7. Gout. Bukti klinikal menunjukkan bahawa kira-kira 1% pesakit disebabkan oleh gout, yang mana mungkin disebabkan oleh asid urik yang memicu di tengah saraf.

Dr. Li Quan Min menjelaskan bahawa rasa kebas pada anggota badan adalah komplikasi yang biasa berpunca daripada penyakit lain yang juga disifatkan sebagai gejala yang boleh berulang-berulang dan tidak dapat disembuhkan dengan mudah. Untuk menghilangkan rasa kebas pada anggota badan, seseorang bukan sahaja semata-mata mengambil ubat mengikut arahan doktor tetapi juga perlu berusaha untuk mengekalkan gaya hidup sihat yang baik.

Cara mengatasi kekebasan

Mengamalkan diet yang seimbang.

Makanan yang kurang berlemak, kurang garam, kurang lemak haiwan, dan lebih banyak sayur-sayuran berserat tinggi dapat membantu melembutkan saluran darah dan melegakan rasa kebas tangan dan kaki.

Healthy Foods

Minum air yang mencukupi.

Minum air mencukupi dapat mengurangkan kelikatan darah, mencegah trombosis, dan meningkatkan bekalan darah ke otak.

Drinking Water

Penambahan vitamin

Warga emas harus menambah vitamin B1 dan B6, vitamin C dengan tepat untuk meningkatkan fungsi metabolisme badan, dan untuk mengurangkan gejala kebas anggota badan. Lengkapkan pengambilan nutrien anda dengan Minyak Sacha Inchi.

Vitamins & Minerals

Bersenam

Aktiviti seperti berjalan kaki, berjoging, dan Tai Chi atau stretching boleh dilakukan di luar rumah pada waktu pagi atau petang. Walau bagaimanapun, cuba jangan melakukan activiti intensif terlalu lama atau terlalu banyak. Panaskan badan selama 10 minit sebelum senaman seperti melakukan regangan kaki dan  memusingkan pinggang.

Jogging

Perhatikan postur tidur

Sebaik-baiknya berbaring di bahangian belakang / telentang ketika tidur, tanpa menekan tangan dan kaki. Ketinggian bantal sepatutnya antara 7 ~ 9 cm, dan kekerasannya mestilah sederhana.

Sleep

Pemeriksaan badan secara berkala.

Warga emas patut sentiasa memeriksa tekanan darah, lipid darah, dan hemorheologi mereka secara berkala. Sekiranya mereka mempunyai tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi, maka penyakit-penyakit tersebut harus dirawat atau dikawal seawal yang mungkin.

Dr inspect elbow

Rutin harian yang lengkap.

Amalkan gaya hidup sihat dengan tidur awal dan bangun awal. Jangan bangun terlalu lewat, dan jangan menonton TV sehingga lewat larut malam. Mengekalkan kebiasaan tidur siang dalam lingkungan 40 minit adalah tempoh yang wajar.

24hrs

Sekiranya anda mengalami rasa kebas pada anggota badan anda, sila jumpa doctor untuk mendapatkan penilaian. Jangan menggunakan ubat-ubatan yang tidak berdaftar secara membuta tuli di rumah.