sacha inchi salad

Resipi Sos Salad Sacha Inchi ini adalah ciptaan Chef Peru, Brisa Deneumostier. Sebagai seorang graduan dari Institut Kulinari Amerika di Hyde Park, NY, dia telah bekerja di restoran serta projek masakan mewah swasta di seluruh dunia , termasuk restoran terkenal di dunia yang bernama Noma di negara Denmark.

“Saya faham bahawa makanan adalah ubat dan ubat adalah makanan … inilah sebabnya tujuan saya adalah untuk memupuk minda, badan, dan jiwa, dan untuk mempromosikan hubungan harmoni antara manusia dan makhluk hidup yang lain.”

Brisa

Ramuan

  • 1/4 cawan cuka sari epal
  • 1/3 cawan Minyak Sacha Inchi
  • 4 ulas bawang putih, dipanggang
  • 2 sudu besar daun thyme segar
  • Garam semula jadi, untuk menambah rasa
  • Lada merah jambu, untuk menambah rasa

Arahan

Gaulkan semua remuan di atas bersama dengan salad.

Minyak Sacha Inchi AL-LECCA berasal daripada sumber yang lestari. Ia adalah minyak biji dara tambahan 100% yang diperah sejuk daripada biji benih Sacha Inchi. Minyak ini memberikan khasiat 7g Omega-3 setiap hidangan. Minyak ini ditutup ketat dalam botol kaca gelap yang juga mesra alam.