Our brain is one of the most complex organ in our body. It is made up of more than 100 billion nerves that communicate in trillions of connections called synapses, which is the key to brain function, especially when it comes to memory.

Otak kita merupakan salah satu organ yang paling kompleks dalam badan kita. Ia terdiri lebih daripada 100 bilion saraf yang saling berkomunikasi di rangkaian sambungan yang dinamakan sinapsis. Ia merupakan kunci fungsi otak, terutamanya berkaitan dengan memori.

Pernahkah anda mengalami masalah seperti lupa di mana anda meninggalkan telefon bimbit anda; tidak mengingati nama orang, gagal mengingati beberapa acara atau terlupa perjumpaan pada keesokan harinya? Seiring dengan penambahan usia, otak kita akan mula hilang kemampuan daya ingatan serta kemahiran kognitifnya pada umur akhir 20-an.

5 Tabiat Buruk Yang Boleh Menjejaskan Kesihatan Otak Anda

1. Gangguan Tidur atau Tidur Lewat

Tidur adalah amat penting untuk sejumlah fungsi otak, termasuk bagaimana sel saraf (neuron) berkomunikasi antara satu sama lain. Rehat pada waktu malam dengan baik bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan fizikal tetapi juga membolehkan otak kita berfungsi dengan baik. Jadi tidur yang mencukupi setiap malam adalah kunci untuk menyatukan kenangan atau menguatkan daya ingatan.

2. Music Fon Kepala/ Telinga Yang Terlampau Tinggi

Anda boleh mencederakan pendengaran secara kekal sekiranya anda menggunkan fon kepala / telinga dengan kelantangan tinggi secara 30minit. Tahap kekuatan desibel yang tinggi menyebabkan kerosakan serat saraf yang membawa isyarat dari telinga ke otak. Oleh itu,  cuba jangan menggunakan fon kepala/ telinga dengan kelantangan suara yang terlalu tinggi lebih daripada beberapa jam pada sesuatu masa.

3. Tidak Bergerak dengan Mencukupi

Pergerakan badan dapat mendorong otak kita mencipta sel otak baru dan merangsangkan perubahan lain. Menurut kajian, 10 hari tanpa activity fisikal boleh menyebabkan otak kita mula hilang fungsi kognitif, kata Celina Nadelman, MD, pakar sitopatologi dan akupuntur.

4. Makan Secara Berlebihan

Pengambilan kalori yang terlalu tinggi meningkatkan risiko kehilangan memori. Namun, makan berlebihan secara berterusan mungkin akan mengakibatkan masalah obesiti, yang merupakan punca penyakit jantung, diabetes, dan tekanan darah tinggi. Kesemua penyakit ini boleh mengyumbang kepada masalah otak dan penyakit Alzheimer.

5. Tekanan / Stress

Tekanan kronik boleh merosakkan fungsi otak dalam beberapa cara. Tekanan yang tinggi bukan sahaja boleh membunuh sel-sel otak dan mengurangkan saiz otak tetapi ia juga menghalang cara kita membentuk memori baru dan mengenang memori lama. Bukan itu sahaja,  stress yang tinggi juga mempengaruhi bagaimana memori kita berfungsi, dan meningkatkan risiko menghidap kemurungan serta demensia.

Cara Mengekalkan Ketajaman Minda Anda

Latihan otak adalah cara untuk menajamkan minda dan meningkatkan kecerdasan. Kajian menunjukkan bahawa anda dapat meningkatkan capasiti  otak anda dan mengurangkan risiko kehilangan akal anda dengan mengamalkan beberapa tabiat kesihatan asas.

1. Gunakan Semua Deria Anda

Anda boleh mencuba melakukan aktiviti dengan melibatkan kelima-lima deria anda iaitu rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan suara. Pancaindera anda terjalin dan dihubungkan dengan kenangan anda. Anda mungkin pergi ke pantai, mendengar suara ombak, merasakan sentuhan pasir dengan kaki kosong, menarik nafas panjang, menikmati keindahan pemandangan dengan air kelapa. Deria tersebut dapat meningkatkan kemampuan kita untuk fokus dan memberi perhatian. Sebuah laporan kajian 2015, daripada Trusted Source menunjukkan bahawa menggunakan semua deria anda dapat membantu menguatkan otak dan memori anda.

2. Belajar Kemahiran Baru

Mempelajari kemahiran baru dapat merangsang neuron di otak, untuk membentuk lebih banyak jalur saraf dan membolehkan impuls elektrik bergerak dengan lebih pantas melintasi mereka. Selain menguatkan hubungan di otak anda, ia juga dapat meningkatkan fungsi memori pada orang dewasa.

3.Bertafakur / Meditasi

Tafakur, merupakan amalan tumpuan fokus, dapat menenangkan badan anda, memperlahankan pernafasan, dan mengurangkan tekanan dan kegelisahan. Bertafakur setiap hari untuk 25 minit dapat meningkatkan fungsi eksekutif otak.

4.Pemakanan Yang Baik

Diet yang kaya dengan asid lemak omega-3, 6, 9, rendah dalam lemak tepu serta penuh dengan nutrien yang terdapat dalam Minyak Sacha Inchi dapat membantu mengekalkan kesihatan otak sepanjang hayat. Terdapat satu kajian mendapati bahawa gelombang otak meningkat dengan perbezaan ketara pada tahap 0.05 berbanding antara sebelum dan setelah mengambil Minyak Sacha Inchi. Hasil ujian fungsional kognitif menunjukkan peningkatan pengaktifan otak yang berkaitan dengan peningkatan fungsi kognitif pada bahagian fokus dan memori.

Minyak Sacha Inchi AL-LECCA adalah hasil dari ladang kami, dan diekstrak dengan menekankan biji Sacha Inchi. Minyak ini amat berkhasiat untuk semua jenis golongan, termasuklah lelaki, wanita, pemuda dan warga emas. Dengan mengambil sesudu Minyak Sacha Inchi secara dua kali sehari, ia dapat membantu menajamkan minda anda!

Beli Minyak Sacha Inchi AL-LECCA sekarang!!

5.Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Tidur yang mencukupi adalah salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk otak anda. Tidur tidak hanya menghidupkan semula sel-sel badan dan membersihkan produk buangan daripada otak, tetapi juga meningkatkan pembelajaran dan memori. Sebaik-baiknya tidur selama 7 hingga 8 jam setiap malam. Sekiranya anda tidak dapat tidur dengan lena pada waktu malam, cubalah tidur atau rehat seketika pada siang hari!

Fokuskan kepada kesihatan otak anda adalah salah satu perkara terpenting yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan daya tumpuan, memori dan ketangkasan mental anda, tidak kira usia anda. Oleh itu, marilah kita cuba melaksanakan tabiat-tabiat tersebut untuk meningkatkan ketajaman minda bersama-sama.

High quality sacha inchi oil in Malaysia

Beli Minyak Sacha Inchi Sekarang!