Kebanyakan orang pernah makan oat untuk sarapan atau pada waktu malam ketika tidak berselera untuk makan malam yang terlalu berat. Biasanya, saya akan menambah sedikit susu untuk menaikkan sedikit perasa pada oat saya. Sebelum saya temui Multigrain Sacha Inchi AL-LECCA, saya hanya dapat menghasilkan oat segera yang rasa hambar dan lembek.

Sekarang dengan AL-LECCA Super Grains Sacha Inchi Omega Plus saya boleh menambahkannya ke dalam oat untuk menjadikannya enak dan lebih sihat. Ia sangat mudah disediakan. Apa yang saya gemari tentang oat campuran multigrain ini adalah ianya sangat cepat dan mudah disedia, sesuaikan ditambah bermacam-macam topping, dan ia memberikan banyak tenaga untuk memulakan hari saya.

Izinkan saya berkongsi cara menghasilkan oat yang enak dengan menggunakan multigrain yang lazat dan sihat ini. Anda tidak perlu ragu hati lagi untuk makan apa sebagai sarapan!

Ramuan

Arahan

  1. Mulakan dengan mengukur berapa banyak hidangan yang anda ingin makan.
  2. Biasanya saya menambah 2 sudu besar Quaker Oat
  3. 1 sudu besar Super Grains Sacha Inchi Omega Plus
  4. Tambahkan air yang secukupnya untuk oat anda dan mengacaunya hingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan topping kegemaran anda dan nikmatinya!
Manfaat Multigrain Sacha Inchi

dari Joysesca Fabian