Memperkenalkan opsyen pakej diet berkhasiat dengan Minyak Sacha Inchi dan konsultasi diet percuma.

Kepong, Kuala Lumpur, 6 Ogos 2021 – AL-LECCA, jenama tempatan terkemuka di Malaysia dengan produk kesihatan berasaskan Sacha Inchi mengumumkan program pakej diet berkhasiat bersama platform kesihatan dan nutrisi di Malaysia, HOMEY.

Rakyat Malaysia sering dialami penyakit kronik atau dikenali sebagai “penyakit peradaban”. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2019 (NHMS) yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat kira-kira 1.7 juta orang di Malaysia mempunyai tiga penyakit tidak berjangkit – iaitu diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi, manakala 3.4 juta orang mempunyai mana-mana dua penyakit disebut.

AL-LECCA menyahut misinya ingin meningkatkan kualiti kehidup rakyat Malaysia, maka AL-LECCA bekerjasama dengan HOMEY Nutrition dan menyediakan pilihan diet yang sihat untuk memenuhi keperluan setiap individu. Perkhidmatan pemakanan HOMEY merangkumi diet terapeutik yang dirancang untuk mencapai objectif kumpulan orang yang berbeza, seperti diet mengawal diabetes, menjaga kesihatan jantung, melawan kanser,  diet selepas operasi, hemodialisis, dan penurunan berat badan. Di samping itu, HOMEY juga menyediakan konsultasi diet mengenai keperluan kesihatan serta permakanan yang dilakukan oleh pakar yang berkelayakan.

Manakala AL-LECCA akan menyumbangkan sachet Minyak Sacha Inchi percuma untuk setiap langganan pakej diet berkhasiat di laman webnya. Minyak Sacha Inchi adalah minyak sayuran yang paling berkhasiat di dunia. Ia kaya dengan asid lemak bermanfaat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, iaitu asid lemak Omega 3, 6 dan 9. Kajian menunjukkan bahawa asid-asid lemak tersebut dapat membantu mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik yang disebutkan di atas.

“Sekiranya kita dapat meluangkan masa, pengetahuan dan pengalaman kami untuk menambah nilai kepada kehidupan orang lain, kenapa tidak?” Kata Yi Chien, CEO HOMEY dan pakar diet berdaftar. “Pada pendapat saya, setiap orang harus mendapatkan maklumat dan mengambil diet terapeutik yang dicipta daripada para profesional yang boleh dipercayai.”

Alex Lee, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AL-LECCA, mengatakan bahawa tujuan program ini adalah untuk mempromosikan diet yang lebih sihat dan seimbang kepada orang ramai. “Bertentangan dengan trend diet terkini yang memupuk ” kurangkan pengambilan minyak “, kami pula ingin mendorong orang ramai untuk mengambil lemak yang mencukupi, tetapi hanya lemak sihat seperti yang terkandung dalam Minyak Sacha Inchi.” kata Alex Lee. “AL-LECCA dan HOMEY kedua-dua berkomitmen untuk menginspirasikan komuniti yang lebih sihat melalui makanan berkhasiat. Dengan perkhidmatan penghantaran HOMEY, Minyak Sacha Inchi kami dapat dihantar ke pelanggan dengan lebih mudah. Sesiapa hanya perlu mengunjungi laman web kami dan mengisikan borang untuk pakej diet kesihatan. Dengan setiap order, anda dapat menikmati minyak Sacha Inchi yang paling berkhasiat.

Mengenai AL-LECCA

AL-LECCA adalah jenama yang dimiliki oleh DCD (M) SDN. BHD., Ia merupakan pengeluar dan pengedar makanan kesihatan di Malaysia. AL-LECCA merupakan jenama yang sinonim dengan produk kesihatan dan kecantikan berkualiti tinggi berdasarkan Sacha Inchi.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.allecca.com

Mengenai HOMEY Nutrition

Homey Nutrition adalah platform pemakanan kesihatan yang terdiri daripada pakar-pakar pemakanan untuk memenuhi keperluan diet anda yang sihat.

Homey memberikan makanan sihat dan diet terapeutik (pemulihan Covid19, diabetes, barah, selepas operasi dan lain-lain) di Pulau Pinang, KL dan Selangor sambil menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan. Mereka terdiri daripada sekumpulan doktor, pakar diet, dan pemakanan yang bekerjasama dengan tukang masak untuk menyediakan makanan yang boleh membantu anda mencapai matlamat dan keperluan kesihatan anda.

Untuk maklumat selanjutnya, layari www.homey.com.my

MAKLUMAT PERHUBUNGAN:

AL-LECCA

+6013-333 4133

[email protected]

 

HOMEY

+6014-304 0711

[email protected]